Sembang-sembang Di Meja 17

Berbincang Tentang Novel “Cinta Berbalas Di Meja 17”

CBDM 17: Matahati

KOMEN CBDM17

 

(Disalin danri blog Matahati.esasterawan.net)

 

Cadangnya entri ini untuk mengupas/ mengulas cinta berbalas di meja 17. terpaksa saya batalkan setelah mencermin semula kemampuan dan kekurangan diri. segan juga jika dibaca tuan Al-abror mohd yusuf. Apatah lagi jika tidak menepati atau setidaknya menghampiri piawaian sang penulis buku.

Lalu saya katakan cinta berbalas di meja 17 adalah naskhah yang menolak tepi jiwa melayu klasik/ lama yang terperap dalam banyak bacaan bersifat popular sebelum ini.

Tuan presiden (bab 5), contohnya, barangkali boleh menolak sumpahan mat jenin yang sekian lama hidup dalam lingkungan bangsa kamu-melayu.

Tuan presiden adalah keinginan si penulis untuk melihat/ menyaksikan org islam khasnya, melayu am-nya  menguasai kuasa dunia. Mimpi? Berangan? Semua kejayaan bermula dari mimpi-kata bijak pandai. Tetapi kerana kamu-org melayu telah dimomokkan bahawa keinginan/ mimpi yang besar hanya memudaratkan/ sia2 lewat mat jenin– yang entah dari mana asal usul cerita dan pencerita asal (dan muslihatnya tentulah sebagai pelemah ketamadunan kamu), maka kamu takut untuk bermimpi.

Tuan presiden adalah plan awal untuk kamu ke tingkat seterusnya. Selepas itu langkah dan langkah lagi.

Saya secara peribadi beranggapan tuan presiden-walau disampaikan secara mudah-  adalah kekuatan utama cinta berbalas di meja 17 (tanpa memperkecilkan bab lain). Cerita2 lain merupakan pelengkap pada sinis dan kritis pandangan penulis terhadap isu2 setempat dan luar tempat.

Kalau kamu mengharapkan naskhah ini membentangkan tulus cinta, setia korban membabi buta, kamu silap.

Maka benar, ini adalah naskhah anti plot yang membolehkan kamu mentertawakan nasib dan bangsa kamu sendiri apabila kamu terhibur dengan lucu dan sinis dalam kebanyakan cerita dalam naskhah ini.

Masihkah kamu ingat sinis dan pedihnya siri bujang lapok?

 

 

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: