Sembang-sembang Di Meja 17

Berbincang Tentang Novel “Cinta Berbalas Di Meja 17”

CBDM17 Buka Fikiran – Dinsman

DetikDaily.net
Posted on Wednesday, April 29 @ 04:00:00 MYT by Paktam

 

Oleh DINSMAN

Go to fullsize imageLama dulu, di ruangan ini, saya pernah berjanji untuk memperkenalkan buku-buku yang saya anggap baik untuk dibaca. Itu sebagai menyahut permintaan beberapa orang pembaca yang mengatakan mereka kurang mendapat maklumat mengenai buku.

 Entah kerana sibuk dengan hal-hal lain atau kerana apa, saya belum memenuhi janji itu, hinggalah saya membaca novel Irwan Abu Bakar, ‘Cinta Berbalas di Meja 17’. Saya teringat lagi kepada janji itu.

 

Ya, novel yang baru diterbitkan awal Mac lalu, memang lain dari yang lain. Bukan kerana seperti yang didakwa di kulit depan novel itu, bahawa ini “sebuah novel antiplot”. Saya kurang berminat dengan konsep dan teori novel sama ada antiplot atau apa, tapi saya tertarik kepada novel ini kerana – terus terang saya cakap – ideanya menarik, ‘gila-gila’, luar biasa, segar, di luar kotak pemikiran kita, tak pernah kita terfikir idea seperti itu.

Jadi, seperti yang saya sebut dalam perbincangan mengenai novel ini di suatu seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 2 April lalu, melalui novel ini Irwan Abu Bakar telah berjaya menggerakkan semula otak atau minda orang Malaysia (yang membaca buku ini) supaya berfikir semula setelah lama menjadi beku akibat beberapa dasar anti-berfikir yang dilaksanakan dalam pemerintahan Dr Mahathir.

Ya, betul. Sama ada karya fiksyen ini dikategorikan sebagai novel antiplot atau cerpen berangkai atau apa (Azizi Abdullah tak setuju dikategori sebagai cerpen), itu tak penting. Yang pentingnya cerita-ceritanya boleh membangkitkan fikiran pembaca.

Ia berbeza sekali dengan novel-novel yang banyak dihasilkan di negara kita selama ini, yang kebanyakannya membawa cerita-cerita biasa, dan diolah dalam pergerakan yang lambat. Novel-novel itu tidak membangkitkan minda, sebaliknya membelai-belai atau mengelus-elus minda yang sememangnya malas bergerak.

Tak penting kita membicarakan apakah novel perlu dibebankan dengan tugas dan fungsi untuk merangsang otak pembaca supaya aktif berfikir atau tidak. Saya bukan ahli dalam teori sastera. Saya seorang peminat sastera. Dan buku Irwan ini memang sebuah buku sastera. Novel atau novel jenis apa – itu biarlah pakar-pakar teori yang membincangkan. Bagi saya ia sebuah novel yang sangat menarik, yang perlu dibaca, dan saya memang rekomenkan kawan-kawan supaya beli dan baca.

Dalam ketebalan 191 halaman, ia membawa 17 buah cerita. Ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang sangat pendek. 17 cerita yang lain-lain. Tak bersambung. Tak ada kena mengena antara satu cerita dengan cerita yang lain. Yang menghubungkan semua cerita itu dan memberikan satu persamaan untuk alasan disebut sebagai ‘sebuah’ novel ialah pada setiap ceritanya ada watak yang pernah duduk di ‘meja 17’ dalam sebuah restoran yang dinamakan Restoran eSastera.

Nah, eSastera itu pula ialah nama kelompok peminat sastera yang bergiat menulis melalui internet, yang dipelopori dan terus dipimpin oleh Irwan Abu Bakar atau nama benarnya Profesor Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas, penulis novel ini, seorang profesor di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Sastera dalam Internet (eSastera) yang dipimpinnya kini mendapat sambutan yang cukup hebat, bukan saja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Sesuai dengan kepakarannya di bidang kejuruteraan perubatan, kita dapati beberapa cerita dalam novel ini menerokai daerah-daerah yang tak mungkin diterokai, melainkan dengan ilmu yang mencukupi di bidang sains perubatan. Misalnya cerita ke-8, “Darah Melayu” (hal.65-79).

Seluruh dunia diserang sejenis penyakit baru yang dinamakan Acute Blood Cells Decay (ABCD) atau “Pereputan Sel Darah Parah”. Satu dunia gempar dan membingungkan pakar-pakar perubatan. Orang mati di mana-mana. Tiba-tiba para pengkaji mendapati yang penyakit itu tidak terkena pada orang Melayu, walau di mana pun orang Melayu berada. Darah orang Melayu tiba-tiba menjadi sesuatu yang paling bernilai dalam dunia. Orang Melayu diburu di mana-mana untuk diambil darahnya, bagi menyelamatkan nyawa manusia.

Terdapat satu kekecualian terjadi di Canton, Cina. Ia ditemui oleh seorang penyelidik Jepun. Sekumpulan terpencil orang Cina di situ terselamat dari penyakit ABCD. Mengapa? Kajian pun dijalankan. Rupa-rupanya mereka itu merupakan generasi kelima daripada hasil perkahwinan Melayu-Cina.

Demikianlah bagaimana Irwan membuka sempadan pemikiran kita pembaca-pembaca buku di Malaysia. Satu contoh lagi ialah mengenai dua orang lelaki yang apabila di luar rumah mereka menjadi manusia, tetapi di dalam rumah mereka menjadi babi. Masuk saja dalam rumah mereka terus berkubang dan menyondol. Padahal di luar rumah salah seorangnya ialah tokoh politik terkenal dan seorang lagi penulis akhbar yang berwibawa.

Akhirnya, setelah mengalami suatu proses, yang seorang kekal menjadi manusia di luar dan di dalam rumah, manakala yang seorang lagi kekal menjadi babi di dalam dan di luar rumah.

Bukan cerita dongeng atau khayalan semata-mata khayalan. Cara Irwan bercerita, dengan semangat humornya dan dengan ilmu sains kedoktorannya, dia berjaya menyajikan suatu jenis cerita yang cukup menarik. Kata penulis Ahkarim sewaktu membicarakan novel ini di DBP, ia ‘unputdownable’ – tak boleh letak. Mesti baca terus.

Bukan mudah nak mencipta cerita yang boleh menggerakkan otak orang yang malas berfikir supaya bangkit berfikir. Cerita-cerita dalam buku ini bukan saja membawa idea yang gila-gila, tetapi idea gila-gila yang ada kewajarannya. Dan Irwan dengan gayanya yang bersahaja tetapi segar itu tanpa dipaksa-paksa berjaya menggelodak minda kita, dan membuka luas horizon pemikiran kita.

Jadi, belilah dan baca. RM17 saja harganya. Saya cadang supaya beli bukan sebab apa, supaya kita boleh ulang baca apabila sewaktu-waktu kita terasa boring dan malas. Humornya tetap segar. Ceritanya tak menjemukan. Insya-Allah.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: