Pada Khamis 18.6.2015, Meja 17 Edisi Ke-3 (yang baru kami terima dari pencetak pada petang sebelumnya) telah “dilancarkan” dengan cara membawanya kepada khalayak melalui ceramah saya di Sekolah Setiabudi, Gombak.  Program ceramah itu sebenarnya ialah sebahagian daripada program “Mobile Book Cafe” anjuran sdr MBA. Meja 17 Edisi 3 memasukkan episod tambahan, Bab 17+1: Temu Duga (seperti Edisi bahasa Indonesia yang telah dilancarkan di Jogjakarta Ogos 2014.  Meja 17 Edisi 3 dihiasi pada kulit depannya dengan gambar anak muda dari Jogjakarta, Mirza Sastromodjo. Ia tetap dijual dengan harga RM17.00. Hari ini, Selasa 28.6.2014, saya telah membicarakan Meja 17 kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di SMK Convent, Jalan Peel, Kuala Lumpur. (Di samping menyampaikan ceramah tentang haiku berasaskan power-point yang disedizkan oleh sdr MBA).

Meja17-Edisi3-CoversFinal

Iklan