Aidil Khalid:

Di dalam majalah Tunas Cipta bulan Ogos tahun lalu, saya ada menulis sedikit petikan berkenaan novel ini:
“Di Malaysia, barangkali pengarang yang wajar dicontohi kerana memperkaya gaya pengucapan sastera – sekaligus termasuk dalam kategori patriotik seperti definisi luas yang telah dibincangkan di atas – adalah Irwan Abu Bakar, yang membawa gaya kepengarangan berbeza dan menyimpang dari arus lama. Novelnya Cinta Berbalas di Meja 17, walaupun tidak begitu dikenali kerana tidak diterbitkan oleh penerbit besar arus utama – sebenarnya telah memaparkan kisah-kisah sederhana tetapi begitu memukau menggunakan teknik penulisan yang rencam dan beragam sebagai manifestasi kemanusiaan yang ruwet sesuai dengan zaman kini. Ia adalah suatu pembebasan dari gaya kepengarangan lama yang sekaligus memperkaya korpus bangsanya.”
[Aidil Khalid ialah penulis muda yang namanya sedang meningkat naik melalui penulisan novel, cerpen, dan puisi].
Iklan