Saya terjumpa entri ini di www.iLuvIslam.com bertarikh 23.3.2009. Ditulis oleh sdr Fahd Razy (kini Dr. Fahd Razy) semasa dia masih berada di Ireland. Dulu memang saya dah baca tetapi tak terfikir pula nak siarkan di sini. Terima kasih kepada Dr. Fahd Razy kerana membuat ulasan positif ini:

Saya cadangkan anda baca novel ‘Cinta Berbalas di Meja 17′ oleh Irwan Abu Bakar. Saya sendiri tak baca sepenuhnya novel ini, kecuali beberapa bab sebelum novel ini dicetak. Tapi dari respons pelbagai pembaca, saya percaya dan teruja untuk dapatkan novel ini apabila balik Malaysia nanti! Ada beberapa yang menarik tentang novel ini.
Pertama, penulisnya merupakan seorang profesor sains, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar (nama pena: Irwan Abu Bakar) merupakan antara segolongan kecil penulis yang unik, kerana menguasai kedua-dua bidang (sastera dan sains) dengan cemerlang. Tak silap saya, beliau antara pelopor bio-engineering di UM, dan juga pengasas komuniti web sastera esastera.com. Tak ramai orang seperti beliau, selaid Prof Hashim Yaacob dan Dr Rahmat Haroun Hashim.
Kedua, novelnya bukanlah karya konvensional seperti yang kita biasa baca. Walaupun judulnya seolah-olah novel cinta, tapi jauh sekali, novel ini bukanlah karya cinta. Bukannya kisah tipikal cinta yang disulam dengan ayat-ayat quran, atau berlatar timur tengah, atau kisah lelaki ideal /perempuan ideal yang punya ramai peminat. Novel ini dibina secara ANTI-PLOT, iaitu setiap bab dapat berdiri sendiri! Hanya satu yang mengikat keseluruhan bab dalam novel ini iaitu setiap watak yang dicipta akan ke sebuah meja, meja bernombor 17 di restoran esastera.
Kerana sifatnya yang anti-plot ini, setiap kali anda baca satu bab, pasti tidak sabar untuk ke bab seterusnya. Ceritanya penuh dengan humor, satira, sinikal bahkan kadangkala luar biasa…mengkritik dan menyentuh pelbagai isu semasa termasuk budaya hedonisme, kecelaruan jati diri Melayu, dan sebagainya. Novel ini sarat menempelak isu masyarakat.
Buku itu boleh didapati di sini: http://esastera.com/kedai/
Lebih baik anda baca komentar mereka yang pernah membacanya di sini 
1) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4405
2) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4406
3) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4407
4) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4416