
1. Pagi tadi, jam 11:52, saya terima sms dari sdr Nimoiz T.Y. Kata sms itu:
Ada orang menulis novel mengikut bab. Mesti tulis bab 1 dahulu sebelum melangkah ke bab 2, dan begitulah seterusnya. CBDM17 tidak begitu. Dan novel ini mesti dibaca bagi mereka yang mahu belajar menulis novel secara mudah tanpa terikat dengan plot. Selepas belajar dengan CBDM17, masing-masing pasti yakin bahawa dia pun kini mampu menulis novel yang hebat.
Saya jawab: Hahaha… Petik dari mana ni?
Dia jawab: Hahaha. testimoni dari sy. org lain dah buat testimoni, tapi sy je y lewat. hahaha.
Saya jawab: Ok, tk. Dah baca ulasan dinsman dlm harakah trbaru ke?
Dia jawab: O ya ke? belum lg. nnti sy cari.
2. Jam 2:00 pm, saya, Kablam (kini Pengurus Pemasaran Esastera Enterprise), dan Cikgu Hasimah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Kami bawa buku CBDM 17 (1 kotak , 55 naskhah), Esprit De Corps (1 kotak, 50 naskhah), dan Cerita Gelisah (1 bungkusan, 30 naskhah) serta majalah Sastera.Net Edisi 5 dan 6 (masing-masing 50 naskhah). Kami letakkan untuk jualan di gerai Legar 86 (Anbakri Publika Sdn Bhd). Sdr yang ingin membeli buku itu, bolehlah ke sana. Pesta buku itu akan berlangsung hingga Ahad ini.
3. Lewat petang tadi, saya terima emel dari sdr Kassim Muhamad, penulis dan rakan saya dalam Exco PAKSI. Dia menghantar ulasannya tentang buku CBDM17. Nak hantar ke Suara Keadilan atau Siasah, katanya. Sebentar tadi, pada jam 9.20 malam, sewaktu saya dan Cikgu Hasimah sedang makan mi sup tulang di Bucu (kumpulan gerai dekat DBP), saya terima sms dari sdr Kassim. Katanya:
Harap2 dr dah baca ulasan meja 17 yg saya emel. Semuga tak keterlaluan komen saya. Saya sedang mencari takrif hipogram (kalau tak salah) dan bukannya histogram spt yg ditulis (dalam artikel yang diemel tadi). Mgkn mlm atau esok saya emel kpd zunar (editor Suara Keadilan). Tahniah, saya jg mesti hasilkan sesuatu. Memang hebat meja 17. Tk.
Saya suka sms ini, terutamanya di bahagian “…saya jg mesti hasilkan sesuatu”. Hal ini bermakna bahawa novel CBDM17 itu telah berjaya merangsang sdr Kassim untuk menghasilkan karya (novel?). Alhamdulillah, adalah suatu kejayaan besar bagi saya apabila tulisan saya mampu memotivasikan penulis lain untuk berkarya.