Terima Kasih Sdr Dinsman

 

Hari ini saya bersusah-susah sikit membeli akhbar.  Saya sengaja ke pasar kering Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.  Hal ini kerana saya hendak membeli akhbar Harakah.  Di TTDI, tempat lain tidak ada jual Harakah kecuali seorang dua penjual akhbar di tepi-tepi kaki lima.

Saya mencari akhbar Harakah yang terbit semalam (Ahad19.4.09) kerana tahu bahawa tulisan Dinsman di ruangan khasnya adalah tentang novel CBDM17.  Dinsman yang bagi tahu (lihat blog sebelum ini).  Saya beli dua naskhah Harakah, satu untuk saya dan satu untuk sdr Anbakri yang join saya untuk breakfast pagi ini.

Sambil menikmati makan pagi roti canai dan teh tarik, saya menghadam sama tulisan Dinsman. Dia bercerita tentang stail yang dianggapnya baik dan cerita yang dianggapnya tidak menjemukan.  Dia menyebut dua episod dari novel itu dalam tulisannya, iaitu Darah Melayu dan Menyamak Babi.  Selepas membaca tulisan itu, saya menghantar sms kepada sdr Dinsman @ 07.46 am:

Salam. Sy baru baca ulasan CBDM17. Wah, sangat bagus sudut yang dipilih. Dan tk krn sngat memuji.

Sebentar kemudian, Dinsman menjawab @  07.53am: Pandangan ikhlas.

Saya suka membaca laporan itu.  Sangat memotivasikan. Setakat ini dah tiga kali saya baca.

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s


Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.