Sebuah Sajen Untuk Hiburan

MEJA 17, RESTORAN eSASTERA

 

Wah, rupa-rupanya dr.irwan betul-betul bina Restoran eSastera
ada class macam dalam novel Cinta Berbalas Di Meja 17
restoran itu berkonsepkan eat and read, dengan izin
tempatnya hip, dengan izin, untuk kita makan minum dan baca karya.

Tiba hari pelancaran berebut-rebut ahli esastera nak datang makan dan baca
tapi dr.irwan kata, hanya ada 100 meja
semua ahli telefon, hantar sms, atau hantar emel mahu tempah
tapi semuanya nak meja nombor 17, itulah masalah.

Dr.irwan senyum sahaja, jawabnya “Boleh, boleh!”
semua ahli suka kerana tempahan mereka kononya berjaya
tiba hari pelacaran semua ahli tercenang-cengang nak duduk kat mana
kerana semua meja nombornya 17 belaka, hahaha…

(Gambar buku diambil dari blog annahs, tanpa izin)

 

irwan abu bakar
kuala lumpur, 17.04.2009

Sajen (sajak jenaka) ini telah disiarkan di komuniti Sajen, eSastera.com

 

 

 

 
 

 

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s


Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.