
Pagi semalam (Jumaat), 8:26am, saya terima sms dari Dinsman: Prof. Sy nak tulis sikit psl novel cinta brbalas d meja 17 dlm kolum sy d hrkh hari ni. Brapa haganya? Ini novel prof yg prtama?
Wah, Dinsman nak tulis tentang novel itu di akhbar Harakah. Saya gembira. Cepat-cepat saya jawab. Saya sms balik, harga novel tu RM17 dan sebelum ini saya pernah menulis novel bersama, HOSTEL: DEBARAN KEDUA, 2004.
Petang tadi (Sabtu), saya bersama-sama dengan Dinsman dalam mesyuarat PAKSI. Kasim kata, dia nak tulis tentang CBDM 17. Dinsman beritahu yang dia dah tulis dan akan keluar akhbar Harakah esok. Setakat ini, respons Dinsman adalah sangat postitf, termasuk semasa majlis diskusi buku itu di DBP dalam Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara kira-kira 2 minggu lepas (2 April 2009).
Kemudian, Pak Shukur Harun yang hadir sama dalam mesyuarat PAKSI itu, nak beli buku itu. Saya ingat, memang ada saya bawa dalam but kereta. Saya hadiahkan Pak Shukur senaskhah. Pak Shukur juga menyatakan bahawa dia berminat untuk menulis sesuatu tentang buku CBDM 17 ini.
Oh, tak sabar rasanya saya nak baca apa yang ditulis oleh Dinsman tentang buku itu.