Sebentar tadi, dalam merayap-rayap di Internet sambil menunggu subuh, saya berjumpa dengan ulasan FahdRazy terhadap buku CBDM17 di laman web IloveIslam.com. FahdRazy puji buku itu walaupun, menurutnya, dia sendiri belum membacanya. Terma kasih sdr Fahd Razy.
Kemudian saya terjumpa “shot” unik buku itu yang saya rasa sungguh menarik di blog annahs.wordpress.cm. Ini gambarnya:

Tk sdr anna h.s. kerana memberi penghormatan sebegitu kepada buku CBDM17 ini.
Satu lagi cerita:
Malam tadi, lebih kurang jam 10.00 malam, saya dan Cikgu Hasimah (mem saya), pergi membuang sampah di tong sampah besar di tempat kami. Sampah yang kering dan boleh dimanfaatkan lagi seperti buku-buku lama, akhbar, dan botol plastik kosong, kami letakkan di luar tong sampah itu. Datang seorang lelaki pertengahan umur (40 lebih agaknya) menghampiri kami. “Buku ke?” tanyanya merujuk kepada sampah yang sedang kami buang itu. “Kalau buku, boleh jual,” tambahnya. Jelaslah kepada kami bahawa lelaki itu ialah scavanger yang mencari barang-barang yang boleh dijual di tong sampah itu. Memandangkan lelaki itu menyebut “buku”, saya teringatkan buku CBDM17 dalam but kereta saya, lalu saya berikan senaskhah kepadanya. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, lelaki itu membelek-belek buku itu dengan penuh minat. “Saya yang tulis buku tu,” kata saya menjelaskan keadaan. Ah, entah apalah yang dibuatnya dengan buku itu… saya berharap bertambah seorang lagi pembaca novel itu.