
Khamis 2 April 2009, jam 12:30 pm. Saat istimewa ini ialah apabila buku CBDM 17 dibicarakan khalayak di majlis “Bicara Karya eSastera” sempena Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara. Venuenya ialah Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Panel pembincang terdiri daripada sdr Ahkarim (eSastera.com) dan penulis Azizi Hj. Abdullah. Moderator perbincangan ialah sdr Kalamutiara (Harian Metro).
Perbincangan dimulai dengan Ahkarim membentangkan kertas kerjanya untuk kira-kira 15 minit, diikuti Azizi Abdullah, juga membentangkan kertas kerjanya untuk lebih kurang masa yang sama.
Selepas pembentangan oleh dua ahli panel itu, Hundan Hidayat dari Indonesia (yang mengaku belum membaca novel itu) mengemukakan satu soalan kepada Azizi dan membuat beberapa komen. Kemudian penulis Dinsman mengemukakan pandangannya mengenai novel itu. Komennya amat positif. Antara yang saya ingat, lebih kurang katanya, “Hari ini dikatakan orang kita malas berfikir. Membaca buku ini akan membuat minda kita segar dan terus-menerus berfikir…”
Saya seronok duduk mendengar kedua-dua pembentangan dan komen hadirin. Saya tidak diminta oleh moderator untuk memberikan apa-apa komen.
Tambahan:
1. Awal pagi, sebelum program bicara novel CBDM17 itu, saya berjumpa sdr Citranalis yang menceritakan bagaimana, setelah tamat membaca novel itu, di bermimpi pergi makan di Meja 17, dengan hidangan istimewa…
2. Kertas kerja Ahkarim dan Azizi Abdullah akan saya siarkan di ruangan “Halaman” blog ini nanti.
April 7, 2009 pukul 1:58 am |
salam.
bagusnya kalau saya boleh hadir sama dalam majlis tu.