
Kata Aidil Khalid, “…
April 10, 2012Meja 17, Restoran Homst
April 4, 2012Sabtu 31.3.2012, sempena AGM Persatuan Aktivis E-Sastera (E-SASTERA), kami telah melancarkan (mula menjual) “edisi dewasa” bagi buku CBDM17, dengan judulnya ditukar kepada Meja 17 sahaja.* [Ada tambahan 55 halaman komen daripada pelbagai pihak tentang novel ini].
Nak jadi cerita, malam tadi, selepas sembahyang Maghrib di masjid Taman Tun Dr. Ismail, KL, aku, Cikgu Hasimah (isteriku) dan Afiq (anak lelaki kami) telah ke Restoran Homst yang berhampiran untuk makan malam. Restorannya penuh, hanya tinggal sebuah meja kecil (dengan tiga kerusi) di kaki lima restoran itu. Kami pun terpaksa ditempatkan di meja itu – terpaksa kerana memang sudah tidak ada meja kosong yang lain walaupun meja itu tidaklah selesa mana kedudukannya.
Selesai makan, kami mahu membayar bilnya. “Eh, meja nombor berapa ni?” tanya kami sesama kami. Memang tak ada nombor ditampalkan pada meja itu. Aku pun ke kaunter untuk membayar. Kerana tidak tahu nombor meja itu, aku tunjukkan meja itu kepada lelaki kasyier yang menunggu di kaunter. Pelayan perempuan Indonesia di sebelahnya memberitahunya, “Meja 17!”
“Oh, meja 17?” tanya hatiku, heran dan gembira.
Jelas resit yang diberikan menunjukkan bahawa kami telah makan di meja nombor 17.
*Novel ini ada dijual secara on-line di Kedai eSastera: eSastera.lot.my.

Novel ini ada dijual secara on-line di Kedai eSastera: eSastera.lot.my.
Dari www.iluvislam.com
Agustus 20, 2009Saya terjumpa entri ini di www.iLuvIslam.com bertarikh 23.3.2009. Ditulis oleh sdr Fahd Razy (kini Dr. Fahd Razy) semasa dia masih berada di Ireland. Dulu memang saya dah baca tetapi tak terfikir pula nak siarkan di sini. Terima kasih kepada Dr. Fahd Razy kerana membuat ulasan positif ini:

Saya cadangkan anda baca novel ‘Cinta Berbalas di Meja 17′ oleh Irwan Abu Bakar. Saya sendiri tak baca sepenuhnya novel ini, kecuali beberapa bab sebelum novel ini dicetak. Tapi dari respons pelbagai pembaca, saya percaya dan teruja untuk dapatkan novel ini apabila balik Malaysia nanti! Ada beberapa yang menarik tentang novel ini.
Pertama, penulisnya merupakan seorang profesor sains, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar (nama pena: Irwan Abu Bakar) merupakan antara segolongan kecil penulis yang unik, kerana menguasai kedua-dua bidang (sastera dan sains) dengan cemerlang. Tak silap saya, beliau antara pelopor bio-engineering di UM, dan juga pengasas komuniti web sastera esastera.com. Tak ramai orang seperti beliau, selaid Prof Hashim Yaacob dan Dr Rahmat Haroun Hashim.
Kedua, novelnya bukanlah karya konvensional seperti yang kita biasa baca. Walaupun judulnya seolah-olah novel cinta, tapi jauh sekali, novel ini bukanlah karya cinta. Bukannya kisah tipikal cinta yang disulam dengan ayat-ayat quran, atau berlatar timur tengah, atau kisah lelaki ideal /perempuan ideal yang punya ramai peminat. Novel ini dibina secara ANTI-PLOT, iaitu setiap bab dapat berdiri sendiri! Hanya satu yang mengikat keseluruhan bab dalam novel ini iaitu setiap watak yang dicipta akan ke sebuah meja, meja bernombor 17 di restoran esastera.
Kerana sifatnya yang anti-plot ini, setiap kali anda baca satu bab, pasti tidak sabar untuk ke bab seterusnya. Ceritanya penuh dengan humor, satira, sinikal bahkan kadangkala luar biasa…mengkritik dan menyentuh pelbagai isu semasa termasuk budaya hedonisme, kecelaruan jati diri Melayu, dan sebagainya. Novel ini sarat menempelak isu masyarakat.
Buku itu boleh didapati di sini: http://esastera.com/kedai/
Lebih baik anda baca komentar mereka yang pernah membacanya di sini 
1) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4405
2) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4406
3) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4407
4) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=8&ID=4416
Tiga Peristiwa Hari Ini
April 22, 2009
1. Pagi tadi, jam 11:52, saya terima sms dari sdr Nimoiz T.Y. Kata sms itu:
Ada orang menulis novel mengikut bab. Mesti tulis bab 1 dahulu sebelum melangkah ke bab 2, dan begitulah seterusnya. CBDM17 tidak begitu. Dan novel ini mesti dibaca bagi mereka yang mahu belajar menulis novel secara mudah tanpa terikat dengan plot. Selepas belajar dengan CBDM17, masing-masing pasti yakin bahawa dia pun kini mampu menulis novel yang hebat.
Saya jawab: Hahaha… Petik dari mana ni?
Dia jawab: Hahaha. testimoni dari sy. org lain dah buat testimoni, tapi sy je y lewat. hahaha.
Saya jawab: Ok, tk. Dah baca ulasan dinsman dlm harakah trbaru ke?
Dia jawab: O ya ke? belum lg. nnti sy cari.
2. Jam 2:00 pm, saya, Kablam (kini Pengurus Pemasaran Esastera Enterprise), dan Cikgu Hasimah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Kami bawa buku CBDM 17 (1 kotak , 55 naskhah), Esprit De Corps (1 kotak, 50 naskhah), dan Cerita Gelisah (1 bungkusan, 30 naskhah) serta majalah Sastera.Net Edisi 5 dan 6 (masing-masing 50 naskhah). Kami letakkan untuk jualan di gerai Legar 86 (Anbakri Publika Sdn Bhd). Sdr yang ingin membeli buku itu, bolehlah ke sana. Pesta buku itu akan berlangsung hingga Ahad ini.
3. Lewat petang tadi, saya terima emel dari sdr Kassim Muhamad, penulis dan rakan saya dalam Exco PAKSI. Dia menghantar ulasannya tentang buku CBDM17. Nak hantar ke Suara Keadilan atau Siasah, katanya. Sebentar tadi, pada jam 9.20 malam, sewaktu saya dan Cikgu Hasimah sedang makan mi sup tulang di Bucu (kumpulan gerai dekat DBP), saya terima sms dari sdr Kassim. Katanya:
Harap2 dr dah baca ulasan meja 17 yg saya emel. Semuga tak keterlaluan komen saya. Saya sedang mencari takrif hipogram (kalau tak salah) dan bukannya histogram spt yg ditulis (dalam artikel yang diemel tadi). Mgkn mlm atau esok saya emel kpd zunar (editor Suara Keadilan). Tahniah, saya jg mesti hasilkan sesuatu. Memang hebat meja 17. Tk.
Saya suka sms ini, terutamanya di bahagian “…saya jg mesti hasilkan sesuatu”. Hal ini bermakna bahawa novel CBDM17 itu telah berjaya merangsang sdr Kassim untuk menghasilkan karya (novel?). Alhamdulillah, adalah suatu kejayaan besar bagi saya apabila tulisan saya mampu memotivasikan penulis lain untuk berkarya.
Terima Kasih Sdr Dinsman
April 20, 2009
Hari ini saya bersusah-susah sikit membeli akhbar. Saya sengaja ke pasar kering Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Hal ini kerana saya hendak membeli akhbar Harakah. Di TTDI, tempat lain tidak ada jual Harakah kecuali seorang dua penjual akhbar di tepi-tepi kaki lima.
Saya mencari akhbar Harakah yang terbit semalam (Ahad19.4.09) kerana tahu bahawa tulisan Dinsman di ruangan khasnya adalah tentang novel CBDM17. Dinsman yang bagi tahu (lihat blog sebelum ini). Saya beli dua naskhah Harakah, satu untuk saya dan satu untuk sdr Anbakri yang join saya untuk breakfast pagi ini.
Sambil menikmati makan pagi roti canai dan teh tarik, saya menghadam sama tulisan Dinsman. Dia bercerita tentang stail yang dianggapnya baik dan cerita yang dianggapnya tidak menjemukan. Dia menyebut dua episod dari novel itu dalam tulisannya, iaitu Darah Melayu dan Menyamak Babi. Selepas membaca tulisan itu, saya menghantar sms kepada sdr Dinsman @ 07.46 am:
Salam. Sy baru baca ulasan CBDM17. Wah, sangat bagus sudut yang dipilih. Dan tk krn sngat memuji.
Sebentar kemudian, Dinsman menjawab @ 07.53am: Pandangan ikhlas.
Saya suka membaca laporan itu. Sangat memotivasikan. Setakat ini dah tiga kali saya baca.
Sebuah Sajen Untuk Hiburan
April 19, 2009MEJA 17, RESTORAN eSASTERA

Wah, rupa-rupanya dr.irwan betul-betul bina Restoran eSastera
ada class macam dalam novel Cinta Berbalas Di Meja 17
restoran itu berkonsepkan eat and read, dengan izin
tempatnya hip, dengan izin, untuk kita makan minum dan baca karya.
Tiba hari pelancaran berebut-rebut ahli esastera nak datang makan dan baca
tapi dr.irwan kata, hanya ada 100 meja
semua ahli telefon, hantar sms, atau hantar emel mahu tempah
tapi semuanya nak meja nombor 17, itulah masalah.
Dr.irwan senyum sahaja, jawabnya “Boleh, boleh!”
semua ahli suka kerana tempahan mereka kononya berjaya
tiba hari pelacaran semua ahli tercenang-cengang nak duduk kat mana
kerana semua meja nombornya 17 belaka, hahaha…
(Gambar buku diambil dari blog annahs, tanpa izin)
irwan abu bakar
kuala lumpur, 17.04.2009
Sajen (sajak jenaka) ini telah disiarkan di komuniti Sajen, eSastera.com.
Mengulas CBDM 17
April 18, 2009
Pagi semalam (Jumaat), 8:26am, saya terima sms dari Dinsman: Prof. Sy nak tulis sikit psl novel cinta brbalas d meja 17 dlm kolum sy d hrkh hari ni. Brapa haganya? Ini novel prof yg prtama?
Wah, Dinsman nak tulis tentang novel itu di akhbar Harakah. Saya gembira. Cepat-cepat saya jawab. Saya sms balik, harga novel tu RM17 dan sebelum ini saya pernah menulis novel bersama, HOSTEL: DEBARAN KEDUA, 2004.
Petang tadi (Sabtu), saya bersama-sama dengan Dinsman dalam mesyuarat PAKSI. Kasim kata, dia nak tulis tentang CBDM 17. Dinsman beritahu yang dia dah tulis dan akan keluar akhbar Harakah esok. Setakat ini, respons Dinsman adalah sangat postitf, termasuk semasa majlis diskusi buku itu di DBP dalam Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara kira-kira 2 minggu lepas (2 April 2009).
Kemudian, Pak Shukur Harun yang hadir sama dalam mesyuarat PAKSI itu, nak beli buku itu. Saya ingat, memang ada saya bawa dalam but kereta. Saya hadiahkan Pak Shukur senaskhah. Pak Shukur juga menyatakan bahawa dia berminat untuk menulis sesuatu tentang buku CBDM 17 ini.
Oh, tak sabar rasanya saya nak baca apa yang ditulis oleh Dinsman tentang buku itu.
Berjumpa dan Terjumpa
April 16, 2009Sebentar tadi, dalam merayap-rayap di Internet sambil menunggu subuh, saya berjumpa dengan ulasan FahdRazy terhadap buku CBDM17 di laman web IloveIslam.com. FahdRazy puji buku itu walaupun, menurutnya, dia sendiri belum membacanya. Terma kasih sdr Fahd Razy.
Kemudian saya terjumpa “shot” unik buku itu yang saya rasa sungguh menarik di blog annahs.wordpress.cm. Ini gambarnya:

Tk sdr anna h.s. kerana memberi penghormatan sebegitu kepada buku CBDM17 ini.
Satu lagi cerita:
Malam tadi, lebih kurang jam 10.00 malam, saya dan Cikgu Hasimah (mem saya), pergi membuang sampah di tong sampah besar di tempat kami. Sampah yang kering dan boleh dimanfaatkan lagi seperti buku-buku lama, akhbar, dan botol plastik kosong, kami letakkan di luar tong sampah itu. Datang seorang lelaki pertengahan umur (40 lebih agaknya) menghampiri kami. “Buku ke?” tanyanya merujuk kepada sampah yang sedang kami buang itu. “Kalau buku, boleh jual,” tambahnya. Jelaslah kepada kami bahawa lelaki itu ialah scavanger yang mencari barang-barang yang boleh dijual di tong sampah itu. Memandangkan lelaki itu menyebut “buku”, saya teringatkan buku CBDM17 dalam but kereta saya, lalu saya berikan senaskhah kepadanya. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, lelaki itu membelek-belek buku itu dengan penuh minat. “Saya yang tulis buku tu,” kata saya menjelaskan keadaan. Ah, entah apalah yang dibuatnya dengan buku itu… saya berharap bertambah seorang lagi pembaca novel itu.
Apa Yang Saya Tak Suka Tentang CBDM 17
April 15, 2009
Kata orang, apabila sesebuah buku telah diterbitkan, buku itu menjadi milik khalayak dan penulisnya sudah tak ada hak terhadapnya lagi. Saya setuju. Kata orang lagi, setelah buku diterbitkan, sering kali penulisnya tidak berpuas hati dengan sesuatu bahagian bukunya. Atau seluruh bukunya. Saya setuju.
Ada tak yang saya tak puas hati dengan buku CBDM 17?
Ada banyak.
Namun yang paling saya rasa terkilan ialah kesudahan episod “Akademi Funtusia” yang saya anggap terlalu “jinak” berbanding dengan seluruh ceritanya yang agak ganas.
Elok usah saya ceritakan kesudahan episod itu di sini… takut merosakkan suspense bagi mereka yang belum membacanya. Namun saya memang tidak puas hati kerana cerita itu berakhir begitu.
Saya mahu cerita itu berkahir dengan pemenangnya menerima hadiah… noktah… dan peserta-peserta lain dibiarkan lenyap begitu sahaja. Lebih brutal begitu!
Dan kesudahan cerita itu, seperti dalam buku CBDM 17 sekarang, tidak memungkinkan Akademi Funtusia siri ke-2 diadakan! (Penonton rancangan TV realiti itu sudah tahu muslihat penerbit dan dah tak suspense lagi).
Hari CBDM 17 Didiskusikan
April 4, 2009
Khamis 2 April 2009, jam 12:30 pm. Saat istimewa ini ialah apabila buku CBDM 17 dibicarakan khalayak di majlis “Bicara Karya eSastera” sempena Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara. Venuenya ialah Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Panel pembincang terdiri daripada sdr Ahkarim (eSastera.com) dan penulis Azizi Hj. Abdullah. Moderator perbincangan ialah sdr Kalamutiara (Harian Metro).
Perbincangan dimulai dengan Ahkarim membentangkan kertas kerjanya untuk kira-kira 15 minit, diikuti Azizi Abdullah, juga membentangkan kertas kerjanya untuk lebih kurang masa yang sama.
Selepas pembentangan oleh dua ahli panel itu, Hundan Hidayat dari Indonesia (yang mengaku belum membaca novel itu) mengemukakan satu soalan kepada Azizi dan membuat beberapa komen. Kemudian penulis Dinsman mengemukakan pandangannya mengenai novel itu. Komennya amat positif. Antara yang saya ingat, lebih kurang katanya, “Hari ini dikatakan orang kita malas berfikir. Membaca buku ini akan membuat minda kita segar dan terus-menerus berfikir…”
Saya seronok duduk mendengar kedua-dua pembentangan dan komen hadirin. Saya tidak diminta oleh moderator untuk memberikan apa-apa komen.
Tambahan:
1. Awal pagi, sebelum program bicara novel CBDM17 itu, saya berjumpa sdr Citranalis yang menceritakan bagaimana, setelah tamat membaca novel itu, di bermimpi pergi makan di Meja 17, dengan hidangan istimewa…
2. Kertas kerja Ahkarim dan Azizi Abdullah akan saya siarkan di ruangan “Halaman” blog ini nanti.